Friday, January 29, 2010

Audition PERSONA '10 Kawasan Taiping

Salam semua pengunjung.. maaf sebab lama tak update blog ni..
sebelum ini saya terlalu sebuk dengan urusan tanggungjawab kerja hakiki saya dan tidak berkesempatan menjengah ke blog ini. NIsa' kawasan Taiping juga baru bermesyuarat dan merancang aktiviti untuk tahun 2010 ini.
Sebagai pembukaan program tahun 2010 ni, Nisa' Kawasan Taiping akan mengadakan Audition PERSONA '10 Nisa' Kawasan Taiping. Audition ini adalah bersempena dengan Pertandingan Suara Nisa' 2010 (PERSONA '10) peringkat negeri Perak. Juara PERSONA '10 pula akan mewakili Negeri Perak ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan yang diadakan bersama KOnsert Aura Ungu 2010 (KAU'10) di Alor Setar, Kedah nanti.
TArikh pertandingan adalah seperti berikut :

Audition PERSONA '10 Taiping : 7 Mac 2010
PERSONA '10 Perak : 20 MAC 2010
Konsert Aura Ungu (KAU'10) : 30 April 2010

Pertandingan ini hanya terbuka pada wanita berumur antara 17 hingga 40 tahun. Mereka yang membuat rakaman album dan artis tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyediakan satu platform baru untuk wanita Islam mengmbangkan bakat nyanyian berlandaskan Islam. Ianya menunjukkan Islam ini tidak jumud dan menghalang keinginan wanita untuk menyanyi, tetapi mestilah mengikut syarat yang ditetapkan oleh Islam sendiri.

Penyertaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu solo dan berkumpulan. Lagu yang dibawa mestilah berunsurkan ketuhanan, nasihat dan kemanusiaan. Pakaian pula mesti lah menutup aurat dan tidak menjolok mata.

Untuk peserta di kawasan Taiping, sila klik link di bawah dan download

Borang penyertaan Audition PERSONA Taiping