Sunday, September 13, 2009

IFTAR JAMAIE NISA PERAK

Tarikh : 12.9 - 13.9.2009
Tempat : Sek. Rendah Agama Tarbiyyah Islamiyyah (SRATI)
Wakil kawasan : 2 Orang - Ketua Nisa' - Kak Fiza dan Izni..

Mulanya kawasan Taiping nk menghantar 4 orang peserta, tapi tak tau la mengapa disaat akhir, 2 orang lagi menarik diri.. saat akhir tu, mmg dah terlalu akhir, masa nak pergi dah, baru diberitahu yg mereka tu tak boleh pergi.. terpaksa la kami 2 orang je pergi ke program ni..

Kami bertolak dari Taiping 12,9 pukul 12.30pm.. perjalanan macam agak slow, sbb ntah le.. panas kut.. sampai ke sana pukul 2 lebih.. (lambat betul kak fiza drive).. sampai sana kami daftar, ingatkan pendaftran seorang RM 10, rupenya w'pun datang 2 orang, kena gak bayar RM50.. tak pe la.. nanti claim balik.. bila dah daftar, anak kak fiza lak meragam nk mandi.. memang masa tu kami tak tau ape la program lepas ni, sbb tak de tentatif program.. surat pada SU, tak tgk langsung.. dah mandikan budak sorang tu, baru kami bergerak ke tempat pendaftaran tadi, ingatkan ada taklimat, rupenya dah terlepas pun tak limat.. bertanya-tanya la pada org sebelah, ape program ni.. rupenya kemi kena pergi membahagikan juadah berbuka dan sedikit sumbangan raya pada fakir miskin.. kawasan Taiping ditugaskan di Klebang.. (kat mana tak, w'pun membesar di Ipoh, tapi tak tau tempat tu kat mana).. ikut je la..

Sampai di Klebang, kami pergi ke markaz, ingatkan kena berjalan dari rumah ke rumah, rupenya muslimat di situ akan agihkan.. Alhamdulillah.. tapi kami pergi ke satu rumah (nk merasa gak) fakir miskin ni bagi sumbangan.. memang nampak daif kehidupan makcik ni..
Dia pun nakpak bersyukur dengan kedatangan kami dan sumbangan yang tak seberapa tu.. Satu yang menarik pasal rumah makcik ni, dia ada bela banyak kucing, anak kak fiza tak habis-habis menyakat kucing kat situ.. punya la seronok.. bila nak balik, kucing tu boleh main kejar-kejar.. jadi bahan ketawa kami la masa tu..
balik ke SRATI dalam pukul 4.30.. solat asar, dan ke dewan, ada taklimat tentang SRATI.. kak fiza macam boring lak, dan anak kak fiza pun masa tu nk buang air.. masa ni ada satu kejadia yg tak di ingini berlaku.. kak fiza jatuh tangga.. huhu.. sampai pitam rasanya... tak ingat macam mana kak fiza boleh jatuh tangga.. dan tak ingat kenapa kak fiza turun tangga tu.. yang kak fiza ingat, tangan sakit dan terduduk tepi tangga tu.. nasib baik ada seorang nisa' baik hati tolong angkat kan.. berbuka puasa atas tilam la jawabnya..
program ni habis keesokan harinya selepas mesyuarat. Mesyuarat yg pecah rekod buat kul 6.30 pagi.. tapi memang rasa bagus sebab rasa segar je..
Lepas mesyuarat, kak fiza tak tunggu dah, sebab kesiankan cik Izni yang nk balik buat assignment. (tapi sebenarnya kak fiza pun nak balik jugak). kami bertolak balik pukul 9.30 pagi.. sampai di Taiping pukul 10.30 (kali ni kak fiza bawak laju lak)..
Kepada Nisa' negeri, minta maaf ye.. kami tak tunggu untuk kursus pendek blog tu.. dan tak sempat lak nk bersalaman.. tapi kat sini kami Nisa' Taiping ucapakan

SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir batin

Minta maaf pada semua pembaca sebab kat sini kak fiza tak letak lagi gambar.. terlupe pulak kak fiza nak transfer.. kak fiza akan update balik post ni dan letak gambar-gambar masa program tu nanti...

Tuesday, August 18, 2009

TINGKATAN PUASA, DIMANAKAH KITA???

Nabi s.a.w. besabda dalam satu hadisnya; “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).
Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa puasa yang sebenar bukanlah hanya puasa zahir sahaja (iaitu dengan menegah diri dari makan, minum, bersetubuh dan sebagainya) tetapi juga berpuasa batin iaitu dengan menegah diri dari maksiat dan dosa. Seorang yang berpuasa di samping menjaga diri dari makan, minum dan sebagainya, ia juga mesti menjaga anggota-anggotanya dari dosa dan maksiat. Jika tidak ia tidak akan mencapai kesempurnaan puasa sebagaimana yang dikehendaki Allah.
Bagi menjelaskan lagi tuntutan puasa batin ini, Imam al-Ghazali membahagikan darjat puasa manusia kepada tiga bahagian;

· Puasa umum: iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj (kemaluan) dari menikmati keinginannya (makan, minum dan sebagainya).

· Puasa khusus: iaitu berpuasa yang disertakan dengan menjaga pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan yang haram atau dosa.

· Puasa khususul khusus (paling khusus): iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambah lagi dengan berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan dan memesongkan perhatian dari selain Allah sama sekali.

Dalam kitab Bahr al-Mazi yang menghimpunkan hadis dikeluarkan Imam at-Tirmizi ada disebutkan enam perkara yang boleh menjamin kesempurnaan puasa,

semuanya berkait rapat dengan anggota zahir dan batin manusia iaitu:

· Memejamkan mata daripada membuat maksiat

· Memelihara lidah daripada membuat maksiat

· Menjauhkan telinga daripada membuat maksiat

· Menegah tangan dan kaki daripada membuat maksiat

· Jangan terlalu banyak makan ketika berbuka puasa

· Hati yang bergantung kepada Allah antara mengharap dan perasaan takut kepada-Nya.

Orang yang berpuasa bukan sekadar dikehendaki menjaga mulutnya daripada berkata kotor dan lucah serta melampau, malah dituntut mengawal mulutnya daripada membalas kejahatan mulut orang lain. Rasulullah dalam pendidikan Baginda mengambil berat persoalan supaya tidak membalas kejahatan dengan kejahatan kerana ia tidak akan menyelesaikan permasalahan, malah lebih memburukkan keadaan. Dalam hadis diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika ada orang berkata-kata kotor kepadanya, maka katakan kepada orang itu bahawasanya aku ini berpuasa.” Hikmah Rasulullah menyarankan demikian untuk mengelakkan perkelahian dan perbalahan antara dua pihak saudara Islam pada bulan mulia ini demi menjaga kesucian Ramadan. Ulama ada menyebut bahawa antara punca hilangnya pahala disebabkan kegagalan menjaga anggota pancaindera ketika berpuasa. Sedekah hanya dapat dilakukan oleh anggota tangan. Bacaan dan tadarus al-Quran adalah gabungan hubungan antara lidah, mulut dan mata. Kaki pula akan sentiasa mendorong manusia melangkah ke rumah Allah untuk beribadat sama ada solat fardu atau , sunat Tarawih pada Ramadan. Ini menunjukkan fungsi serampang dua mata anggota pancaindera manusia. Segala amalan dalam Ramadan akan terhapus angkara perbuatan pancaindera. Sebagai langkah mengelakkan daripada pelakuan tidak berfaedah bermula daripada kejahatan lidah, Islam menyarankan mengambil langkah berdiam diri dan mengunci mulutnya bagi memastikan dosa lidah tidak berlaku. Umat Islam diminta mengawal lidah daripada bercakap yang sia-sia. Asal saja mahu bertutur, pastikan bahawa ia tidak akan membawa kepada mudarat, terutama jika membabitkan hubungan dengan orang lain. Malah, ada kalanya lebih baik seseorang itu tidur bagi menjaga pancaindera daripada melakukan dosa dan maksiat, tetapi dalam kadar yang ada batasannya. Semoga kecemerlangan puasa yang dimulakan dengan niat suci itu terpelihara mulai dari sahur hingga tiba waktu berbuka dan diteruskan hingga ke malamnya, seterusnya sepanjang Ramadan ini.