Tuesday, August 18, 2009

TINGKATAN PUASA, DIMANAKAH KITA???

Nabi s.a.w. besabda dalam satu hadisnya; “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).
Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa puasa yang sebenar bukanlah hanya puasa zahir sahaja (iaitu dengan menegah diri dari makan, minum, bersetubuh dan sebagainya) tetapi juga berpuasa batin iaitu dengan menegah diri dari maksiat dan dosa. Seorang yang berpuasa di samping menjaga diri dari makan, minum dan sebagainya, ia juga mesti menjaga anggota-anggotanya dari dosa dan maksiat. Jika tidak ia tidak akan mencapai kesempurnaan puasa sebagaimana yang dikehendaki Allah.
Bagi menjelaskan lagi tuntutan puasa batin ini, Imam al-Ghazali membahagikan darjat puasa manusia kepada tiga bahagian;

· Puasa umum: iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj (kemaluan) dari menikmati keinginannya (makan, minum dan sebagainya).

· Puasa khusus: iaitu berpuasa yang disertakan dengan menjaga pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan yang haram atau dosa.

· Puasa khususul khusus (paling khusus): iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambah lagi dengan berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan dan memesongkan perhatian dari selain Allah sama sekali.

Dalam kitab Bahr al-Mazi yang menghimpunkan hadis dikeluarkan Imam at-Tirmizi ada disebutkan enam perkara yang boleh menjamin kesempurnaan puasa,

semuanya berkait rapat dengan anggota zahir dan batin manusia iaitu:

· Memejamkan mata daripada membuat maksiat

· Memelihara lidah daripada membuat maksiat

· Menjauhkan telinga daripada membuat maksiat

· Menegah tangan dan kaki daripada membuat maksiat

· Jangan terlalu banyak makan ketika berbuka puasa

· Hati yang bergantung kepada Allah antara mengharap dan perasaan takut kepada-Nya.

Orang yang berpuasa bukan sekadar dikehendaki menjaga mulutnya daripada berkata kotor dan lucah serta melampau, malah dituntut mengawal mulutnya daripada membalas kejahatan mulut orang lain. Rasulullah dalam pendidikan Baginda mengambil berat persoalan supaya tidak membalas kejahatan dengan kejahatan kerana ia tidak akan menyelesaikan permasalahan, malah lebih memburukkan keadaan. Dalam hadis diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika ada orang berkata-kata kotor kepadanya, maka katakan kepada orang itu bahawasanya aku ini berpuasa.” Hikmah Rasulullah menyarankan demikian untuk mengelakkan perkelahian dan perbalahan antara dua pihak saudara Islam pada bulan mulia ini demi menjaga kesucian Ramadan. Ulama ada menyebut bahawa antara punca hilangnya pahala disebabkan kegagalan menjaga anggota pancaindera ketika berpuasa. Sedekah hanya dapat dilakukan oleh anggota tangan. Bacaan dan tadarus al-Quran adalah gabungan hubungan antara lidah, mulut dan mata. Kaki pula akan sentiasa mendorong manusia melangkah ke rumah Allah untuk beribadat sama ada solat fardu atau , sunat Tarawih pada Ramadan. Ini menunjukkan fungsi serampang dua mata anggota pancaindera manusia. Segala amalan dalam Ramadan akan terhapus angkara perbuatan pancaindera. Sebagai langkah mengelakkan daripada pelakuan tidak berfaedah bermula daripada kejahatan lidah, Islam menyarankan mengambil langkah berdiam diri dan mengunci mulutnya bagi memastikan dosa lidah tidak berlaku. Umat Islam diminta mengawal lidah daripada bercakap yang sia-sia. Asal saja mahu bertutur, pastikan bahawa ia tidak akan membawa kepada mudarat, terutama jika membabitkan hubungan dengan orang lain. Malah, ada kalanya lebih baik seseorang itu tidur bagi menjaga pancaindera daripada melakukan dosa dan maksiat, tetapi dalam kadar yang ada batasannya. Semoga kecemerlangan puasa yang dimulakan dengan niat suci itu terpelihara mulai dari sahur hingga tiba waktu berbuka dan diteruskan hingga ke malamnya, seterusnya sepanjang Ramadan ini.